Pakcik belanja makan.

Ku Sangka Orang Gila,

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang “lusuh ” karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata “pakcik dah makan nak.. terima kasih nak..” Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. “Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?” Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. “Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom.” Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah…

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh…. Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara “amin…..” dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: “Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam..” Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan…
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

Sebarkan….
Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah SWT.

#Copypastejetu
๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Advertisements

Intisari.

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ๏ทฒ ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…
*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู*

Intisari Khutbah Jumaat JDT
Tarikh: 21 September 2018
11 Muharram 1440
Tajuk : Tiada Rasa Nikmat
Beribadat

1) Firman Allah surah Az- zaariyat/55-56 bermaksud: “Dan tetap teguhlah engkau memberi peringatan kerana sesungghnya peringatan itu mendatangkn faedah kpd orng yg beriman. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakn jin dan manusia melainkn utk mreka menyembah dan beribadat kpd Ku”.

2) Ibadat apabila dilaksanakan dan dihayati secara mendalam- seseorang akn merasa nikmatnya; setiap kali solat hatinya tenang dn bahagia; selesai solat hatinya rindu menanti waktu berikutnya; hatinya tersentuh apabila mendengar ayat2 Al-qur’an; menitis air mata.

3) Antara punca tidak merasa nikmat beribadat :-
3.1) Berkekalan dlm melakukn dosa2 kecil- mencampuradukn ibadat dn maksiat; kemanisan ibadat terkorban; hati ada bintik hitam asbab maksiat; nikmat ibadat akn berkurang; akhirnya ibadat akn di tinggalkn.

3.2) Hati terpaut kpd habuan dunia- kehidupan dunia adalah sementara; kehidupan akhirat yg kekal selama2nya; peringatan tidak diambil berat; kadang2 hanyut dibawa arus keduniaan.

4) Firman Allah surah Ali Imran/14 bermaksud : “Dihiaskan (dan dijadikn indah) kpd manusia: kesukaan kpd benda2 yg diingini nafsu iaitu perempuan2 dn anak pinak, harta benda yg banyak berpikul2, dpd emas dn perak; kuda2 peliharaan yg bertanda lagi terlatih dn binatang2 ternak serta kebun2 tanaman………………………….
………………………………………..”.

5) Baginda Nabi SAW berwasiat agar tidak meninggalkn doa berikut setiap kali selepas solat: “Allhumma ainni ‘alaazikrika wasyukrika wahusni ‘ibaadatik” bermaksud: “Ya Allah bantulah aku utk mengingatiMu, bersyukur kpdMu dan beribadat dgn baik kpdMu”.

6) Syurga Dan Neraka :-
Syurga- dihiasi dgn perkara2 yg mudah dicapai; ttapi payah utk melaksanaknnya; kecuali yg dipilih Allah.

Neraka- dihiasi dgn hal2 yg di sukai; kebanyakn manusia suka melakukannya.

7) Pasti ada dosa yg menghalang apabila- laungan takbir tidak mampu ketuk pintu hati; kalamullah tidak mampu lembutkn hati; zikrullah tidak mampu datangkn cahaya hati.

8) Firman Allah surah An-nisa/142 bermaksud: “Sesungghnya orng munafik itu melakukn tipudaya (terhadap agama) Allah (dgn perbuatn pura2 beriman sedang mreka kafir pd batinnya) dan Allah pula ttap membalas tipudaya mreka (dgn membiarkn mreka dlm keadaan munafik)………………………..
……………………………………..”.

ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ู„ูŠ ูˆู„ูƒู… …

Selawat.

Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah SAW bersabda:
.
“Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat.
.
Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku. ”
.
(HR al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, No. 6208)

InshaAllah sama-sama kita memperbanyakkan selawat sekurang-kurangnya 300 kali setiap hari dengan istiqamah๐Ÿ˜Š

Hidayah dariNya.

๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž~*RENUNGAN*๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž

*Jika hidayah itu bagaikan cinta. Sudah pasti manusia ingin mengejar hingga dapatkan rasa nikmat cinta itu. Alangkah baiknya jika yang di kejar itu Hidayah dariNya*.
.
*Hidayah itu lebih manis daripada Rasa Cinta*
.
*Hidayah itu lebih indah dari Nikmat cinta*
.
*Hidayah itu lebih bermakna daripada cinta yang tak mungkin kekal lama* .

๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž๐Ÿ’–๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž

Air mata.

๐ŸŒธ *ุจุณู€ู€ู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู€ู€ู† ุงู„ุฑุญูŠู€ู€ู…*

๐ŸŒธ *ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡*
๐Ÿ’šุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…๐Ÿ’š

Air mata ibarat butiran mutiara yang sangat cantik… Namun kecantikan itu hanya terjelma dari sebuah kesedihan dan keluluhan hati… Kesedihan membuahkan kecantikan… Sungguh ironi, ianya dapat mendamaikan sekeping hati yang rawan…

Air mata ibarat embun yang menitis, sungguh menyegarkan… Namun kesegaran itu hanya bisa terjelma setelah melalui malam panjang yang dingin dan gelita… Sungguh ironi, ianya dapat menenangkan hati yang terluka…

Air mata ibarat hujan yang merenyai, sungguh menyejukkan… Namun kesejukkan itu hanya mampu terjelma setelah mendung yang menduga… Sungguh ironi, kerana ianya mampu melegakan gelojak jiwa…
Namun, disebalik semua ironi ini, apakah nilai sebenar sebuah tangisan…?

Ya Allah anugerahkanlah aku sebuah tangisan yang lahir atas cintaku hanya pada-Mu, sungguh aku rindu pada tangisan menghadap-Mu…
Aamiin ya rabbal alamiin…

*mogaAllahredha*
โ˜บ๐ŸŒน๐Ÿƒ